
Semalam rancangan Suara Siswa (SS) di Tv 1 telah menutup tirainya semalam dengan penuh gaya semalam.
Mungkin pelik bagi seorang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia tahun 1 untuk melihat rancangan yang tidak berunsur hiburan pada waktu ramai orang melayari internet dan Facebook di laptop masing-masing.
Ahli-ahli panel yang dijemput semalam tidak kurang hebatnya dimana mereka yang terdiri daripada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa daripada kampus UM, UIAM, UPM dan UiTM diundi melalui Facebook untuk berada di pentas semalam.
Ahli Panel
Semua Ahli Panel yang terlibat dilontarkan soalan-soalan bebas daripada Dr. Fadzley sebagai moderator rancangan SS. Pelbagai tajuk antaranya soal Ekonomi, isu-isu kebajikan mahasiswa, sukan dan pendidikan negara.
Ada antara ahli panel yang dapat menjawab soalan dan menerangkan jawapan dengan penuh fakta dan hujah.
Penulis sangat tertarik dengan cara penerangan daripada saudara Ridhuan, YDP MPMUM tentang ekonomi dan integeriti yang mana ahli panel sebelumnya, YDP MPPUIAM yang disekat daripada menyatakan pendirian beliau.
Namun, saudara ridhuan kelihatan matang dalam isu tersebut yang mana ada menyentuh isu enjin jet yang hilang, PKFZ dan sebagainya.
Cadangan Mahasiswa
Ada cadangan-cadangan daripada ahli panel Suara Siswa yang boleh dipandang oleh kerajaan Malaysia. Antaranya:
- GST digunakan pakai dalam sistem ekonomi negara
- Universiti Sukan khas untuk pembangunan sukan negara
- Mencari pelapis-pelapis baru kepada atlet bukan menumpukan kepada figure sukan yang ada pada masa ini.
- Cadangan supaya dibenarkan pemain import dalam liga Malayasia ( Boleh meningkatkan skil dan corak pemain-pemain tempatan)
- Sekolah satu aliran pendidikan
Penulis melihat Suara Siswa agak tenggelam suaranya berbanding dahulu. Terlalu banyak hiburan yang disediakan dalam rancangan sehinggakan mahasiswa tidak dapat menonton wakil mereka berbicara dan berdiskusi.
Jikalau mahu dilakukan begini, wujudkan sahaja Hiburan Siswa bukan Suara Siswa. Hahaha.
Penulis sangat hampa menunggu menunggu daripada awal tahun sehingga akhir tahun suara Mahasiswa UTM berkumandang. Mungkin suara Mahasiswa yang diwakili oleh barisan MPP yang sangat100x mandum dan lesu.
Ingat harapan Mahasiswa dalam pos saya yang sebelum ini. Kita bukan mahu lahirkan pengurus, tetapi kita mahu lahirkan PEMIMPIN!!.
Saya harap pada sesi akan datang, wakil daripada Universiti Teknologi Malaysia dijemput untuk mengutarakan pandangan mereka.
Salam Perubahan.

ya kampus semakin hangat diperkatan di weblog daripada warga Universiti Teknologi Malaysia dan tidak kurang juga di kampus-kampus utama yang lain.
Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.
Ini kerana, rakyat yang terkongkong akan mencari dan menggunakan alternatif lain untuk menyalur dan mendapat maklumat khususnya saluran internet.


