Teropong Kampus 1: UM

Penulis kagum selepas melawat Universiti yang menjadi kebanggaan negara kita, Universiti Malaya. Entah mengapa sangat merindui suasana universiti ini sejak melawatnya untuk kali pertama sejak 2005. Rasa kagum penulis muncul selepas berbual dan bertanya khabar sahabat yang menuntut bersama di matrikulasi dahulu. Menjadi lumrah, setiap kejayaan dan kemanisan dalam berjuang pasti ada permasalahan, halangan dan perkataan yang biasa disebut, mehnah dan tribulasi. Penulis berasa begitu semangat sekali bila mengenang kembali sejarah kampus UM ini.

Kampus Lain

Kampus UM sangat menarik kerana memberi ruang yang luas kepada mahasiswa dan warga kampus untuk menyuarakan pendapat. Bagi penulis kelebihan yang diberikan untuk kegiatan pelajar lebih meluas jika dibandingkan dengan kampus lain. Lihat sahajalah mana-mana negarawan yang lahir daripada kampus UM. Tempat-tempat seperti Student Corner, Perdana siswa memberikan platform yang selesa untuk mahasiswa bersuara dan menyatakan pendapat mereka.

Zon Larangan Merokok

Selain itu kampus UM juga ada mewujudkan zon larangan merokok dan didenda dengan kadar tertentu jika melanggar arahan. Berlainan dengan kampus penulis yang mana orang merokok adalah satu perkara biasa dan rasa pelik berlaku jika kita menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perokok.

Cadangan Penulis bagi kampus UTM Skudai:

1. Mewujudkan public speaking corner di pusat-pusat mahasiswa berkumpul berkala seminggu sekali atau dua minggu sekali. Contoh tempat: meranti, cengal, k9, SUB.
Membawa ahlis seramai 10-30 orang mahasiswa dan seorang pemidato umum. Membincangkan dan melontarkan pandangan tentang isu kampus, nasional dan semasa.

2. Memperluaskan penggunaan akhbar rasmi Universiti "UTM Today". Sekarang penggunaanya hanya melalui laman sesawang sahaja. Lebih baik digunakan akhbar bercetak kerana lebih mudah digunakan.

3. Cadangan lain akan muncul dalam siri akan datang..

Salam Transformasi.


6 comments:

saff one ishaq said...

penulis rindu kat UM ke orang kat UM?
penulis pindah la kat UM ni...

Munzir said...

Dua2~haha

Anonymous said...

Dua2~haha

::.uMiKaLsoMyUsoF.:: said...

Yup,setuju ngan speaker corner 2...cadangan nie pnh disuarakan tapi tidak dimajukan..jadilah ia cadangan yg ditapaikan..
universiti kilang ijazah,
mahasiswa kurang menonjol,tak berani ke hadapan,lontaran idea dan pendapat yg agak lemau..permasalahan LAPUK yg diulang2..resolusi??sekadar memberi pendapat dan perbincangan yg cukup masak tanpa implimentasi juga cabang permasalahan harus diketengahkn..oh ya,teropong kampus?mecari perbandingan utk penambahbaikan boleh dikira cukup bagus,mencari cadangan dan penambahan 'waiting list' bg tujuan penapaian..juga dikira bagus dari duduk diam menyendiri atau mengkritik tapi tidak sedar di mana tahap diri..teruskan perjuangan,bersama membangun mahasiswa..
UTM:Towards World Class University

Pencari Kebenaran said...

rindu2??satu benda yang perlu dinilai dan diambil perhatian ...jangan diganggu perjuangan dengan sesuatu yang lain dan tidak diredhai...sekadar peringatan orang lama

Munzir said...

Huh, terima kasih.. rindu adli dan safwan. kalu x jelaskan, orng salah faham. Syukran